Tuesday 2 July 2019

Berkhemah di hutan batu

SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2019 pada 28hb hingga 29hb Jun 2019 (Jumaat dan Sabtu) yang lalu. Program ini diadakan di Sekolah Rendah Islam ABIM Sg. Ramal.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kegiatan Briged Bakti Malaysia dan pelajar dapat belajar kemahiran asas survival di dalam hutan.
Program yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum SEMI ini telah disertai oleh 155 orang pelajar sekolah menengah. Seramai 7 orang fasilitator  yang terdiri daripada Jurulatih Briged Bakti Malaysia dan 5 orang guru SEMI telah menjayakan program ini.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah
1. Orienteering (pandu arah dgn kompas)
2. Bantu mula (ikatan anduh)
3. Binaan gajet
5. Backwood cooking (masakan hutan)
6. Latihan asas kawad kaki.
Semoga pelajar-pelajar SEMI dapat menimba ilmu dan mengalami pengalaman yang baharu sepanjang perkhemahan ini.





Wednesday 29 November 2017

Pengajian Tahfiz di PQ Ummah ( Sungai Ramal Dalam)



Pusat Pengajian Qur'an Al-Ummah (PQ Ummah) dengan kerjasama SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal menawarkan program Tahfiz kepada murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI pada sesi 2018.

APA YANG BEST DENGAN TAHFIZ DI PQ UMMAH?
 pusat pengajian yang berhampiran dengan sekolah ( Lot 42182-4,Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ramal Dalam)

 boleh sertai sepenuh masa atau secara sambilan

PQ Ummah mempelawa murid-murid dan pelajar-pelajar untuk mengikuti program Tahfiz seperti berikut

A) Tahfiz Sepenuh Masa SEMI ABIM.
Untuk pelajar lepasan UPSR SERI ABIM 2017 mengikuti program sepenuh masa selama 12 bulan. Program menekankan pengajian al-Qur'an sahaja akan ditempatkan di asrama PQ Ummah. Selepas selesai, graduan PQ Ummah akan menyambung pengajian akademik di Tingkatan 2 SEMI ABIM Sg. Ramal di samping tahfiz separuh masa (Program B)

Yuran Program A&B: RM 550 /bulan.

Kemudahan yang disediakan:
1) Makan & minum
2) Penginapan

B) Tahfiz Separuh masa / sambilan.
Kelas Tahfiz di waktu pagi atau petang di luar sesi persekolahan harian di SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal. Pelajar menghafal atau tasmik secara sambilan pada waktu pagi atau petang.

Yuran: RM 150 / bulan.

Kemudahan yang disediakan:
1) Pengangkutan pergi balik ke Sekolah ABIM.

Syarat Am Kemasukan:
1) Persetujuan ibu bapa & minat murid
2) Lulus peperiksaan UPSR 2017
3) Sihat tubuh badan, tidak pekak / bisu / cacat fizikal
4) Boleh membaca al-Quran

Cara memohon:
1) Mengisi borang pendaftaran pelajar dengan lengkap
2) Tarikh tutup 15hb Disember 2017
3) Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke PQ Ummah bersama lampiran.

Untuk pertanyaan /maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Abd. Rahman Kurais (Mudir) 019-635 4665
Hajah Nafisah bt. Mohd 013-290 4701

Pusat Pengajian Qur'an Al-Ummah (PQ Ummah)
Lot 42182-4,Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang

pqummah@gmail.com
010-225 4459

Monday 10 July 2017

PT3 2016. NOW WE ARE NO. 1

NOW WE ARE NO. 1. Alhamdullilah.



Tahniah kepada Semi Abim Sg Ramal atas anugerah keputusan PT3 Terbaik 2016 di Majlis Konvokesyen YTP 2017.

SEMI ABIM Sungai Ramal telah berjaya memperolehi Gred Purata Sekolah 2.47 dan 94.5% lulus keseluruhan mengatasi pencapaian PT3 sekolah-sekolah Menengah di bawah YTP di seluruh Malaysia...

Monday 20 February 2017

Permohonan ke SEMI ABIM Sungai Ramal

Untuk memohonan ke SEMI ABIM Sungai Ramal sila download borang-borang berikut


1. Borang permohonan mula surat 1
1. Borang permohonan mula surat 2
3. Borang senarai semak

Sila lampirkan bersama dokumen di bawah:

1) Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
2) Salinan Keputusan PMR/UPSR/PSRA/SPRA yang berkaitan.
3) Salinan Sijil Ko-Kurikulum.
4) Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
5) 2 keping gambar berukuran passport (Tidak dikembalikan).
6) 1 Salinan kad pengenalan penjaga.






Borang perlu dicetak dan hantar ke Kaunter Khidmat Pelanggan  beserta bayaran untuk ujian kelayakan sebanyak *RM150* dan dokumen-dokumen di atas