Wednesday 31 December 2008

Pelajar Terbaik PMR 2008

Berikut adalah pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang ( 9A) di dalam PMR 2008 bersama ibu bapa masing-masing.




Pelajar yang mendapat 9A PMR 2008 (3 Orang).
1. ATIKAH SYAMILAH BT MAT AZID
2. HAMIZAH BT HASSAN HAMDANI
3. HANIFF B ABDUL RAHMAN

Pelajar yang mendapat 8A PMR 2008 (2 Orang).
1. MIFDHAL NUAIM AS-SADDIQ BT ABDUL RAHIM
2. NURUL SYAIRAH BT KASWAN

Pelajar yang mendapat 6A PMR 2008 (2 Orang).
1. IZHAN HAFIZIE B ABD RAHIM
2. ANIS AMIRA BT HUSAIN

Majalah An-Najah 2008

Alhamdulillah, majalah sekolah Seri / Semi Abim Sg Ramal, "An-Najah 2008" telah berjaya diterbitkan.

Murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tahun 2008 boleh mendapatkan Majalah An-Najah 2008 di Pejabat Pentadbiran di bangunan Seri.

Murid-murid lain boleh mendapatkan majalah sekolah edisi ke-4 setelah sesi persekolahan 2009 dibuka.


Tuesday 30 December 2008

Tahniah pelajar PMR 2008

Tahniah diucapkan kepada pelajar PMR 2008 Semi Abim Kajang yg telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Kepada pelajar yang belum berjaya, tambahkan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM.

Berikut adalah ringkasan statistik keputusan PMR. (bil keseluruhan 31 orang)

Bilangan pelajar yg mendapat A di dalam pelajaran berikut:

BM = 16 orang
BI = 9 orang
Sejarah = 10 orang
Geografi = 7 orang
Pendidikan Islam = 13 orang
Matematik = 9 orang
Sains = 11 orang
Kemahiran Hidup = 9 orang
Bahasa Arab = 7 orang


Peratusan lulus mengikut pelajaran:

BM = 100%
BI = 96.8%
Sejarah = 100%
Geografi = 100%
Pendidikan Islam = 100%
Matematik = 100%
Sains = 96.8%
Kemahiran Hidup = 100%
Bahasa Arab = 80.6%

Friday 28 November 2008

Persembahan Nasyid Ihtifal Tahunan 2008 p1/2

Wednesday 26 November 2008

VCD persembahan pelajar Ihtifal Tahunan 2008



Dapatkan vcd tersebut daripada Ust. Mohd Syakir sekarang

Tuesday 4 November 2008

Jamuan Tahun 6

Monday 3 November 2008

Pertandingan Nasyid Thn 6

Video Sekolah 2008

Gambar Lawatan Tahun 6: Trengganu

Friday 24 October 2008

Pertandingan Persediaan Makanan Ting 3

Monday 13 October 2008

Pertandingan Penyediaan Makanan

Thursday 9 October 2008

Pertandingan Nasyid Tahun 6

Wednesday 8 October 2008

Murid-murid terima rawatan pergigian

Tuesday 23 September 2008

Buka Puasa Bakesa eratkan kekeluargaan Seri ABIM

Sunday 21 September 2008

Gambar kenangan Tahun 6 utk Majalah 2008

Calon-Calon UPSR 2008

Monday 15 September 2008

Aktiviti Bulan Ramadhan

Tuesday 9 September 2008

Kem Jawi

Sunday 7 September 2008

Ucapan Khas

Sunday 17 August 2008

Abadikan kenangan Tamrin Tahun 4 - 5

Peserta Tamrin Thn 4&5 boleh memiliki kenangan abadi tamrin dengan memiliki Cd Video dan Gambar Tamrin Pengukuhan sekarang.

CD yang berharga RM2.50 boleh dibeli daripada Ustaz Mohd Syakir di Bilik Guru semasa rehat pagi. CD adalah terhad dan dapatkan segera.

Sunday 10 August 2008

Nasyid Tamrin : Tahun 4 & 5

Tuesday 5 August 2008

Jadual Ujian Bulanan 2

Berikut adalah Jadual Ujian Bulanan 2 dan Peperiksaan Setara Upsr.

Tahap 1
Tahun 4 dan 5
Ujian Setara 4 Upsr


Diucapkan semua pelajar, Selamat Menjawab Ujian Dan Selamat Berjaya.

Sunday 3 August 2008

Ceramah Isra' Mikraj

Thursday 31 July 2008

Teknik Menjawab BM2

Tuesday 29 July 2008

Jadual Fotografi An-Najah 2

Friday 25 July 2008

Kem Herba melambai peserta Tamrin 4&5

Tamrin Tahun 4 dan 5 akan diadakan di Kem Herba, sungai Congkak, Selangor. Tamrin ini akan diadakan pada 8hb -10 hb Ogos 2008.


Lagi gambar Lawatan Thn 4

Tuesday 22 July 2008

Youtube Lawatan Tahun 5

Sunday 20 July 2008

Lawatan Tahun 5: Tengok Gajah

Wednesday 16 July 2008

Lawatan Tahun 3

Perkhemahan PBSM & Puteri Islam


Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Puteri Islam Seri Abim Sg. Ramal telah mengadakan perkhemahan tahunan bermula 4hb hingga 6hb Julai 2008. Perkhemahan 3 hari ini diadakan di Agensi Tenaga Nuklear (PUSPATI), Bangi.

Acara tahunan PBSM dan Puteri Islam bertujuan untuk memantapkan keyakinan diri ahli PBSM dan Puteri Islam di samping melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Seramai 52 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai perkhemahan ini. Para peserta perkhemahan terdiri daripada murid-murid tahun 4 & 5.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki, pengenalan kepada PBSM, berkayak, flying fox dan obstacles.

Lagi gambar menarik

Form 1 Exhibition

Monday 14 July 2008

KursusKesepaduan Ilmu Sains Tauhidiq

Tuesday 8 July 2008

Aktiviti Perkhemahan PBSM dan Puteri Islam




Salah satu aktiviti semasa Perkhemahan PBSM dan Puteri Islam

Wakil Sekolah Catat Kejayaan

Monday 7 July 2008

Sekitar Hari Muzakarah 2008

Thursday 26 June 2008

Lagi Video Tamrin Thn 4&6 2007

Wednesday 25 June 2008

Syarahan wakil Ihtifal Kebangsaan

Sunday 15 June 2008

Sekitar Jogathon 2008

Friday 13 June 2008

Jamuan kesyukuran Ihtifal Kebangsaan 2008

Senamrobik Jogaton Meriah

Monday 9 June 2008

Nasyid Ihtifal oleh Semi Abim Sg Ramal Dalam

Sekitar Hari Guru 2008

Wednesday 21 May 2008

Bila Guru nyanyi Koir.

Nasyid Ihtifal Seri Abim Sg. Ramal Dalam

Jadual Kelas Tambahan semasa cuti

Berikut adalah Jadual Kelas Tambahan semasa cuti pertengahan tahun.

  1. Kelas Tambahan SPRA Tahun 5
  2. Jadual Kelas Berfokus PMR Tingkatan 3

Selamat menghadiri Kelas Tambahan

Tuesday 13 May 2008

Melahirkan Saintis di Kem Sains & Matematik

Panatia Sains & Matematik Seri Abim Sg. Ramal Dalam telah mengadakan Kem Sains & Matematik Thn 5 pada 10hb Mei 2008.

Kem ini yang diadakan di surau sekolah bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang. Penceramah iaitu Dr. Mohammad Alinor B. Abd. Kadir telah menyampaikan ceramah mengenai Motivasi Matematik dan Sains.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah membina kotak sifir, mencipta teleskop, Galactic Mobile dan teknik Kira Cepat. Semoga para peserta telah memanfaatkan kem ini sebaik-baiknya.


Lagi gambar menarik

Friday 9 May 2008

VCD Nasyid Terbaik Ihtifal Kebangsaan 2008

Dapatkan VCD Nasyid Terbaik Ihtifal Kebangsaan kali ke-8 yang diadakan di kampus USM, Nibong Tebal Sekarang.

Cuma RM2 SAHAJA. Sila berjumpa dengan Ust. Mohd Syakir di bilik Guru semasa rehat. VCD adalah TERHAD!

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Selamat Menjalani peperiksaan..

Monday 5 May 2008

Ihtifal Kebangsaan 2008

SERI /SEMI ABim, Sg. Ramal Dalam telah menghantar seramai 110 peserta Ihtifal Kebangsaan di Pulau Pinang.

Ihtifal Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah mempertandingan acara seperti kuiz, bercerita, syarahan dan lain-lain lagi.



Lagi gambar menarik

Wednesday 30 April 2008

Banner

Friday 18 April 2008

Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2008

19 April. Seri / Semi Abim Sg. Ramal Dalam, Kajang mengadakan Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2008 pada hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara dan dikendalikan oleh Syarikat Perniagaan Masli. Program yang berlangsung selama 2 hari ini memfokuskan kepada teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR.

Program ini disertai oleh seramai 110 orang pelajar tahun 6.




Lagi gambar menarik

Friday 11 April 2008

Sambutan Maulidur Rasul 1429H

11hb April. SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah perarakan Maulidur Rasul, pertandingan Berselawat, Kuiz dan bersyair.

Lagi gambar menarik

Thursday 3 April 2008

Temasya Sukan 2008 Meriah

SERI / SEMI ABIM Kajang mengadakan Temasya Sukan 2008 di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi pada 30hb Mac 2008. Acara sukan yang diadakan seperti balapan dan sukaneka.



Klik untuk lagi gambar menarik

Thursday 27 March 2008

Terimbas kenangan lama.

Bekas-bekas pelajar UPSR SERI ABIM Pusat sesi 2001-2003 telah mengadakan Perjumpaan Liqa Jamae'i pada 22hb. Mac 2008 di Surau Sekolah.

Liqa' Jamae'i ini bertujuan untuk merapatkan dan mengeratkan semula ikatan persaudaraan antara bekas-bekas pelajar. Perjumpaan ini disertai oleh 22 orang pesarta..

Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan set minda, forum 'Peranan Belia dalam Persatuan' dan banyak lagi.

Saturday 22 March 2008

Mesyuarat Agung BAKA kali ke 17

Badan Keluarga Ibu Bapa & Guru (BAKA) SERI/SEMI ABIM, Sg. Ramal Dalam telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 17 pada 23hb Mac 2008. Mesyuarat Agung diadakan di kantin sekolah bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Selain itu, penyampaian hadiah kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PSRA dan PMR juga diadakan.

Ahli Jawatankuasa BAKA


Pelajar Terbaik PMR 2007 (9A)

Wednesday 19 March 2008

Latihan Larian Merentas Desa

19hb Mac. Murid-murid Tahap 2 dan SEMI mengadakan latihan larian merentas desa hari ini. Larian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu SERI/SEMI Perempuan dan SERI/SEMI Lelaki.

Larian Merentas Desa yang sebenar akan diadakan pada 21hb Mac 2008.


Lagi gambar menarik

Tuesday 18 March 2008

Minggu Pusat Sumber 2008

SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam, Kajang mengadakan Minggu Pusat Sumber pada 18hb -19hb Mac 2008. Acara-acara yang diadakan seperti bertandingan bercerita, bahas, bacaan Quran dan lain-lain lagi disertai olek semua murid.

Semua pertandingan tersebut diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid. Murid-murid yang berjaya akan mewakili sekolah di Ihtifal Kebangsaan Akademik di Pulau Pinang pada bulan Mei.

VCD Tamrin Thn 6 & SEMI 2008

Murid-murid Tahun 6 dan SEMI boleh mendapatkan vcd Tamrin 2008 daripada Ust. Syakir pada waktu rehat di bilik guru.

Vcd tersebut mengandungi video dan gambar tamrin pada harga RM2 sahaja.

Sunday 16 March 2008

Selamat kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke Sekolah diucapkan kepada semua warga SERI/SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam.

Monday 3 March 2008

SERI ABIM dari satelit.

Wednesday 27 February 2008

Bengkel ABM Al-Quran & Qiraati

Tarikh: 23/2/2008
Tempat: Kelas 3 Hamzah
Penganjur: Panatia Al-Quran
Peserta: Semua Guru Al-Quran
Bil Peserta: 24 Orang
Penceramah: Ust Masruh / Ust. Tengku Mashudi.
Objektif: Pemantapan pengajaran Al-Quran & Qiraati di dalam kelas
Aktiviti:
  1. Penerangan penggunaan alat bantu mengajar
  2. Ucapan/ amanat/ hasrat PihakPengurus Besar
  3. Ujian guru Al-Quran oleh Ust. Tengku Mashudi.

Monday 25 February 2008

Pemenang Pertandingan Poster Kempen Kebersihan.

Isnin, 25hb Feb. Keputusan Pertandingan Melukis Poster Kempen Kebersihan telah diumumkan semasa perhimpunan Isnin pagi ini. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar / Pengetua SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal .

Kepada kelas yang tidak berjaya, jangan putus asa. Murid-murid boleh mencuba pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar-gambar yang menarik sepanjang Majlis tersebut:

Monday 18 February 2008

Gotong royong 2008

Murid-murid Tahun 6 dan SEMI telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah telah diadakan pada 15hb Feb 2008 bermula jam 2.30ptg sehingga 4.00 petang.


Penyampaian watikah PSS 2008

15 Feb 2008, penyampaian watikah Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah telah diadakan semasa perhimpunann hari Jumaat.

Gambar semasa bacaan ikrar.

Berikut adalah Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk SERI dan SEMI.

Ketua Pengawas PSS (SERI): Nurman Hakim B. Ramlan. ( 6 ALI)
Penolong Pengawas PSS (SERI): Siti Wafa Bt. Adzha. ( 6 UTHMAN)

Ketua Pengawas PSS (SEMI): Muhd Farhan B. Pisal. (TINGKATAN 2)
Penolong Pengawas PSS (SEMI): Nur Izzati Bt. Amir Hamzah. (TINGKATAN 2)

Bil. Pengawas PSS: 71 Orang

Thursday 14 February 2008

Nilam 2008

Pertandingan NILAM yang bertujuan untuk menggalakan murid-murid untuk membaca telah bermula.

Untuk menyertai pertandingan ini, murid-murid perlu membaca seberapa banyak buku atau bahan bacaan. Setelah selesai membaca sesebuah buku, murid-murid perlu merekod beberapa maklumat tentang buku yang dibaca di dalam Buku NILAM. Selepas itu murid-murid perlu mendapatkan tandatangan guru untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Murid-murid boleh membaca buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau lain-lain tempat. Buku NILAM ini boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah dengan harga RM1.

Pertandingan NILAM pusingan pertama berlangsung sehingga 1 Mei 2008. Selamat Membaca!


Sunday 10 February 2008

Majalah An-Najah 2007

Alhamdulillah, majalah sekolah SERI / SEMI ABIM Pusat, Sg. Ramal Dalam, Kajang telah berjaya diterbitkan. Murid-murid boleh mendapatkan Majalah An-Najah 2007 daripada guru kelas masing-masing. Bekas-bekas murid SERI / SEMI ABIM Pusat 2007 boleh mendapatkan majalah tersebut di pejabat sekolah.

Wednesday 6 February 2008

Motivasi Kendiri UPSR/ PSRA 2008

Gambar sepanjang Motivasi Kendiri UPSR/ PSRA 2008.