Wednesday 29 April 2015

Penilaian SKIPS

28hb April. SUNGAI RAMAL. Seramai 4 orang pegawai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah untuk membuat penilaian Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta (SKIPS).

Penilaian yang diketuai oleh En. Mohd Ashaari (JPN Selangor) bersama 3 orang pegawai iaitu En. Shahfadir B. Drahman (JPN Johor), En.Ismail (PPD Muar) dan En. Mohd Rizal Salimin (PPD Sabak Bernam).

Sekolah telah dinilai dari 15 aspek iaitu pendaftaran institusi, pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan penilaian / peperiksaan, pengurusan dan pembangunan guru, pengurusan kesihatan murid, disiplin, piawaian, kecemerlangan akademik, pencapaian ko-kurikulum, kemenjadian murid, perwatakan sekolah, ko-kurikulum, kebersihan dan keceriaan.


Pegawai-pegawai telah menilai fail-fail yang telah disediakan oleh setiap bahagian pengurusan, gpk dan panatia di Kamar Solesi dan melawat kelas-kelas untuk penilaian pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian SKIPS berakhir pada pukul 1.33 petang.

Berikut gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh lensa sekolah.










Thursday 15 January 2015

Blog Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Maklumat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 boleh dilayari di sini. KlikBlog disediakan oleh tuan rumah iaitu SERI / SEMI  ABIM Pulau Pinang.

Wednesday 7 January 2015

Panduan mengelakkan kesesakan lalulintas sepanjang minggu pertama persekolahan 2015.


Lalulintas di kawasan sekolah dijangka sesak sepanjang minggu pertama persekolahan 2015. Keadaan sesak ini disebabkan ramai ibu bapa yang menunggu anak di sekolah terutamanya anak-anak Tahun 1 dan sikap warga SERI / SEMI  yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Berikut panduan mengelakkan kesesakan lalulintas pada minggu pertama persekolahan

- Selepas menghantar anak ke sekolah, ibu bapa / penjaga dinasihatkan tidak menunggu di sekolah. Jika ibu bapa yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah, sila letak kenderaan di kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.
- Mematuhi arahan petugas-petugas yang menjaga lalu lintas.
- Meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja.
- Bersabar
- Menggunakan motosikal untuk menghantar anak.

 Kawasan lapang di sebelah Kedai Makan di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Semoga panduan ini dapat melancarkan lalulintas sepanjang minggu pertama persekolahan. Segala kerjasama warga SERI SEMI amat dihargai.