Monday 24 February 2014

Penyerahan Wang Khas RM100

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan membuat Penyerahan Wang Khas RM100 kepada ibu bapa / penjaga murid-murid seperti maklumat berikut:

Tarikh: 27hb - 28hb Februari 2014 (Khamis - Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Surau sekolah.

oleh itu ibu bapa / penjaga dinta mengambil wang tersebut mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Berikut surat makluman yang akan diberikan melalui anak-anak hari ini.



Friday 21 February 2014

Tahniah kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan 10 tahun dan 20 tahun


Seramai 4 orang guru menerima anugerah Jaizah Takrim (Perkhidmatan 10 Tahun) dan 2 orang guru menerima anugerah Jaizah Tasyrif ( Perkhidmat 20 Tahun ) di Multaqa Petugas Jemaah dan Agensi  WADAH / ABIM / PKPIM 2014 yang diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, KL pagi ini.

Berikut nama guru yang menerima anugerah.

Jaizah Takrim (Perkhidmatan 10 Tahun)
  •  Cikgu Wan Zaripah Wan Deraman
  • Cikgu Nor Asiah Yusof
  • Cikgu Roshaneyati Mohd Hanepah
  • Ustazah Nazli Hanim Mohd Juhari

Jaizah Tasyrif ( Perkhidmatan 20 Tahun )
  •  Cikgu Zohriah Sueet
  • Ustazah Faezah Ismail
 Kami warga SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang setia berkhidmat mengajar anak-anak SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal.

Tuesday 18 February 2014

Majlis Sukan Tahunan 2014 Ahad ini.

Majlis Sukan Tahunan 2014 SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal kali ke 26 akan diadakan seperti maklumat berikut

Tarikh: 23hb Februari 2014 (Ahad)
Tempat: IPG, Kampus Pengajian Islam (Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab
Masa: 8.00 pagi hingga 1.oo petang

Sehubungan dengan itu, sekolah SERI / SEMI akan bercuti pada 24hb Februari 2014 dan sekolah akan dibuka semula pada  25hb Februari 2014

Berikut salinan surat yang akan dihantar kepada anak-anak hari ini.


Google map

Monday 17 February 2014

Hijau mendahului merentas desa SERI dan SEMI



SERI dan SEMI ABIM telah mengadakan acara Merentas Desa pada 14hb Februari 2014 (Jumaat) bermula pukul 9.00 pagi. Terdapat 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Tahun 4 Lelaki, Tahun 4 perempuan, Tahun 5 lelaki, Tahun 5 perempuan, Tahun 6 lelaki, Tahun 6 perempuan, Menengah rendah lelaki, Menengah rendah perempuan, Menengah Atas lelaki dan Menengah Atas perempuan.

Laluan untuk pelajar SERI dan SEMI lelaki ialah Jalan ABIM, Jalan Kampung Sg. Ramal Dalam, Jalan Dato Dagang, Jalan Desa Surada dan kembali ke Jalan ABIM. Manakala  laluan untuk pelajar SERI dan SEMI perempuan ialah Jalan ABIM, Jalan Ramal Desa, Jalan Teratai, Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam dan kembali ke Jalan ABIM.

Selepas pertandingan, penyampaian medal telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum SERI, Puan Nurnisah dan GPK SEMI, Ustaz Nazzil Saifuddin.

Berikut pungutan mata acara Merentas Desa 2014 SERI
Hijau - 101 mata
Merah - 81 markah
Kuning - 80 markah
Biru - 68 markah

Berikut pungutan mata acara Merentas Desa 2014 SEMI
Hijau - 59
Biru -  54

Kuning - 45
Merah -  32

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

Laluan merentas desa kategori SERI dan SEMI perempuan merentas Taman Ramal Desa

Kawalan trafik oleh En. Marsudi.

Pelajar-pelajar lelaki melalui Jalan Dato Dagang.

Ustaz Suhaizie memberi kad check point.

Guru-guru sedang menunggu pemenang di garisan penamat.

Alhamdulillah, sampai juga di sekolah akhirnya.

Pemenang-pemenang mendaftar diri di kaunter pendaftaran pemenang.







Pemenang-pemenang kategori Tahun 4 lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Tahun 4 perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Tahun 5 perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Tahun 5 lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Tahun 6 lelaki.




Pemenang-pemenang kategori Menengah Atas lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Menengah Rendah lelaki.


Pemenang-pemenang kategori Menengah Rendah perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Menengah Atas perempuan.


Thursday 13 February 2014

Mesyuarat Agung BAKA dan Pemilihan AJK BAKA 8hb Mac 2014




Badan Keluarga Ibu Bapa dan Guru (BAKA) SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Mesyuarat Agung BAKA dan Pemilihan AJK BAKA seperti maklumat berikut

Tarikh: 8hb Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Kolej Dar Hikmah

Berikut salinan notis yang telah diserahkan kepada anak-anak hari ini.




Monday 10 February 2014

Gotong-royong Perdana: Muafakat untuk lebih bersih dan ceria.

Pada 8hb Februari yang lalu, SERI telah mengadakan Gotong-royong Perdana bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Selain membersihkan dan menceriakan kelas, aktiviti gotong-royong melibatkan aktiviti membersihkan longkang surau, stor sukan, makmal sains, menghias papan kenyataan dan lain-lain lagi.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang bekerjasama membersihkan dan menceriakan sekolah.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Gotong-royong Perdana tersebut.


Multitasking, seorang ibu  yang sedang mendokong anak membantu suami membalut meja.


5 S: Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Seorang bapa palajar sedang membersihkan longkang surau.

 Kaum Adam membersihkan kipas dan kaum Hawa memasang langsir

Anak-anak juga tidak ketinggalan menceriakan kelas masing-masing.

Gotong-royong menerapkan nilai kerjasama di kalangan murid-murid.

Setelah penat bergotong-royong, berhenti seketika minum kopi susu.

Kerja empat tangan buat tugas lebih bermakna

Anak-anak memarhatikan ibu mereka sedang menghias kelas.

Murid Tahun 5 sedang bertungkus lumus membersihkan lantai kelas.

Pengalaman pertama mengecat dinding.

Berbincang bersama untuk solusi yang terbaik.

Mengaplikasikan kreativiti murid-murid untuk menceriakan kelas.

Seorang murid Tahun 6 sedang memerhati guru kelas membalut meja.

Seorang ayah sedang mengecat Pondok Ilmu.

Giliran anak pula menunjukkan bakat mengecat.

Detik-detik bangunan PSS diruntuhkan.

Bangunan yang menempatkan Pusat Sumber Sekolah telah mula diruntuhkan pada 7hb Februari 2014 (Jumaat) yang lalu. Kerja-kerja meruntuhkan PSS dimulakan dengan menanggalkan bumbung PSS yang mengambil masa sehingga petang.

Pada keesokan harinya, sebuah jentolak telah meruntuhkan struktur dinding PSS yang ringgal. Kerja meruntuhkan PSS telah mencuri perhatian ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang sedang bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Bekas tapak PSS tersebut akan dibina  bangunan sekolah empat tingkat yang baru.

Berikut gambar detik-detik bangunan PSS yang sedang dirobohkan.

Pekerja sedang menanggalkan struktur bumbung PSS

Sisa bumbung dimasukkan ke dalam bekas khas sebelum dibawa keluar oleh  lori ke tempat pembuangan.

Jentolak bersedia untuk menjalankan misinya, meruntuhkan PSS.

Binaan tayar tewas 'dikerjakan' oleh jentolak.
Detik-detik  PSS selepas dirobohkan

Sebahagian dinding PSS telah roboh.

Sedikit demi sedikit PSS mula menyembah bumi.