Tuesday 2 July 2019

Berkhemah di hutan batu

SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2019 pada 28hb hingga 29hb Jun 2019 (Jumaat dan Sabtu) yang lalu. Program ini diadakan di Sekolah Rendah Islam ABIM Sg. Ramal.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kegiatan Briged Bakti Malaysia dan pelajar dapat belajar kemahiran asas survival di dalam hutan.
Program yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum SEMI ini telah disertai oleh 155 orang pelajar sekolah menengah. Seramai 7 orang fasilitator  yang terdiri daripada Jurulatih Briged Bakti Malaysia dan 5 orang guru SEMI telah menjayakan program ini.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah
1. Orienteering (pandu arah dgn kompas)
2. Bantu mula (ikatan anduh)
3. Binaan gajet
5. Backwood cooking (masakan hutan)
6. Latihan asas kawad kaki.
Semoga pelajar-pelajar SEMI dapat menimba ilmu dan mengalami pengalaman yang baharu sepanjang perkhemahan ini.