Wednesday 23 July 2014

Makluman Cuti Aidilfitri


Dimaklumkan bahawa SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal akan bercuti Hari Raya Aidilfitri bermula 25hb Julai (Jumaat) hingga 3hb Ogos 2014 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 4hb Ogos 2014 (Isnin).

Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga SERI dan SEMI ABIM.

Tuesday 15 July 2014

Gotong-royong menyediakan juadah Iftar

Guru-guru dan staf-staf SERI dan SEMI telah bergotong-royong menyediakan juadah Iftar yang diadakan pada 14hb Julai 2014 yang lalu. Gotong-royong menyediakan juadah diadakan di Bengkel KH dan kawasan belakang sekolah. Mereka menyediakan juadah berbuka seperti roti jala, bubur cha-cha, air manisan, kuih Melaka dan lain-lain lagi.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam.








Monday 14 July 2014

Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015



Pada hari ini, SERI telah menyerahkan surat Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 kepada murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 untuk diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Pemilihan untuk menyertai ISK2015 akan diadakan pada 20,21 dan 22 Ogos nanti. Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 boleh menyertai 3 acara untuk sesi pemilihan itu nanti.

Di dalam surat ini juga disenaraikan guru-guru pembimbing untuk ISK 2015. Sekolah amat menghargai sumbangan kewangan atau tenaga kepakaran untuk melahirkan allet-atlet yang akan mewakali sekolah.

Ibu bapa dikehendaki menyerahkan surat jawapan sebelum 18hb Julai 2018.