KELAS TAMBAHAN UPSR / PSRA CUTI SEKOLAH
Didoakan agar semua ibu/bapa murid Tahun 6 berada di dalam kemanisan iman.
2. Berhubung perkara di atas Unit Peperiksaan akan mengadakan Kelas tambahan UPSR/ PSRA dalam cuti sekolah ini bagi memantapkan penguasaan mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan tersebut. Maklumat kelas tambahan adalah seperti berikut :
1. Tarikh : 25 Mac-27 Mac 2013 ( Isnin,Selasa, dan Rabu )
2. Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 tgh
3. Tempat : Kelas
4. Sasaran : Semua pelajar Tahun 6
3. Kami berharap agar tuan dapat melapangkan aktiviti keluarga anak tuan pada tarikh tersebut sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama.
4. Bersama-sama ini disertakan Jadual Kelas Tambahan Semasa Cuti bagi memudahkan pihak tuan/puan untuk menghantar dan mengambil anak tuan/puan.
Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami harapkan bagi memastikan program ini berjalan lancar . Sekian terima kasih.