Thursday 30 January 2014

Halaqah 2014 menggalakkan murid-murid berakhlak mulia.

Petang tadi, Sekolah SERI telah mengadakan acara bulanan iaitu Halaqah yang diadakan setiap Khamis minggu terakhir setiap bulan. Halaqah kali ini bertajuk "Hadis ke-10, Bertimbang rasa terhadap pengikut".

Ceramah selama 1 jam bermula pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang yang melibatkan murid-murid Tahap 2 telah disampaikan oleh Ustaz M. Suhaizie B Ismail, guru SERI. Slide hadis tersebut boleh dilihat di dalam persembahan prezi di bawah.

Berikut gambar yang sempat dirakam sepanjang Halaqah minggu ini.




Sunday 19 January 2014

Dataran bas dan tempat parking SEMI diturap


Dataran bas dan tempat parking SEMI telah diturap pada 18hb Januari 2014 yang lalu. Pekerja-pekerja dan jentera mula menurap jalan pada awal pagi lagi. Manakala proses mengecat garisan jalan dan tempat meletak kereta telah dilakukan pada 19hb Januari 2014.

Semoga penurapan dataran bas dan tempat parking SEMI akan memudahkan lalu lintas sekolah.

Friday 10 January 2014

Strategi menggapai GPS 1.4 UPSR dan GPS 1.7 PSRA

 Sekolah Rendah Islam Abim Sungai Ramal telah menyusun program-program Tahun 6 sesi 2014 untuk mencapai kecemerlangan UPSR dan PSRA sesi 2014. Selain pencapaian akademik, program-program untuk meningkatkan sahsiah murid-murid telah dirancang bermula dari bulan Januari hingga November.

Semoga kerjasama guru-guru dan ibu bapa serta kesedaran calon-calon UPSR dan PSRA akan merealisasikan sasaran sekolah iaitu GPS 1.4 untuk UPSR dan GPS 1.7 untuk PSRA.

Berikut program-progran tersebut.


TARIKH
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR & PSRA
A: UJIAN / PEPERIKSAAN
11 – 13 MAC
SETARA 1
14 –22 MEI
SETARA 2 / PEP. PERTENGAHAN TAHUN (PPD)
SETARA 2 / PEP. PERTENGAHAN TAHUN AGAMA
22 – 27 JULAI
SETARA 3 / PEP. PERCUBAAN UPSR (JPS)
30 JULAI – 1 OGOS
SETARA 4 UPSR & PERCUBAAN PSRA JAIS
9 – 19 SEPT
PEPERIKSAAN UPSR 2014 (KPM)
22 – 26 SEPT
PEPERIKSAAN PSRA 2014 (JAIS)
30 OKT
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
B: KELAS TAMBAHAN
8 FEB – 22 SEPT
KELAS TAMBAHAN SABTU
3 FEB – 18 SEPT
KELAS TAMBAHAN PETANG
7 APR – 3 SEPT
KELAS TAMBAHAN PETANG RABU
24 MAC – 31 JUN
KELAS BERFOKUS DALAM CUTI
C: PROGRAM PERMATA GEMILANG (PPG)
24 JAN
PPG1 AKADEMIK
8 MAC
PPG2 AGAMA
10 MEI
PPG3 AKADEMIK
5 JULAI
PPG4 AGAMA
3 OGOS
PPG1 AKADEMIK / AGAMA
D: PROGRAM TAMBAHAN
14 OGOS
SOLAT HAJAT PERDANA
7 – 9 NOV
TAMRIN PENGUKUHAN
17 OKT
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
20 OKT – 21 NOV
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN
31 OKT
KHATAM AL -QURAN
7 NOV
JAMUAN PERPISAHAN
22 NOV
HARI GRADUASI
E: PERTEMUAN IBU BAPA
11 JAN
PERTEMUAN PERTAMA
21 JUN
HARI MUZAKARAH

Tuesday 7 January 2014

Mari kenali institusi pendidikan YTP melalui prezi.com


Unit I.T telah menyediakan satu persembahan slide prezi.com tentang institusi pendidikan YTP. Slide ini menunjukkan sedikit info tentang TASKI, SERI, SEMI dan Tahfiz. Semoga slide ini dapat memberi kepahaman tentang  institusi pendidikan YTP.

Monday 6 January 2014

2 Rombongan Indonesia Melawat sekolah


Pada hari ini, SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal telah dikunjungi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar  daripada Al-Huffazh School, Sumatera Barat dan MTS Al-Fadliliyah Darussalam, Ciamis, Bandung.

Seramai 12 orang pelawat daripada Al-Huffazh School dan 43 orang pelawat daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam telah tiba di sekolah pada pukul 9.30 pagi. Mereka telah melawat kelas-kelas, makmal komputer dan bilik guru yang  diiringi oleh Guru Besar dan Pengetua.

Pada pukul 10.30 pagi, mereka berkumpul di surau untuk sesi taklimat daripada sekolah dan wakil-wakil rombongan. Taklimat sekolah telah disampaikan oleh Pendaftar, Ustaz Mohd Naim Mohd Noor yang berkongsi tentang struktur pendidikan ABIM (YTP, SERI, SEMI, TASKI, TAHFIZ) dan inspirasi sekolah.

Program diakhiri dengan sesi bertukar-tukar cendaramata daripada ketiga-tiga pihak. Semoga rombongan ini akan memberi manfaat kepada sekolah dan rombongan-rombongan daripada Indonesia.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam.

Rombongan Al-Huffazh School

Rombongan sedang tekun mendengar taklimat.

Wakil daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam sedang berucap.

Wakil daripada Al-Huffazh School sedang berucap.

Sesi bertukar-tukar cenderamata daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam.

Sesi bertukar-tukar cenderamata daripada Al-Huffazh School.