Sunday 30 June 2013

Panitia Bahasa Arab dan Badan Pengawas Sekolah Rangkul Hadiah Sudut Info Terbaik.


Pada pagi tadi Guru Besar SERI, Puan Tengku Noor Ketina telah menyampaikan Hadiah Sudut Info Terbaik kepada para pemenang. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori A ( Panitia, PSS, Komputer ) dan Kategori B ( Persatuan, Unit Beruniform Ko-Kurikulum dan Pengawas).

Berikut gambar dan keputusan Sudut Info Terbaik.

Johan Kategori A- Panitia Bahasa Arab

Naib Johan Kategori A- Panitia Kemahiran Hidup dan PJK

Ketiga Kategori A- Pusat Sumber Sekolah
Johan Kategori B- Badan Pengawas Sekolah

Naib Johan Kategori B- Kelab Al Ulum

Ketiga Kategori B- Puteri Islam


Saturday 29 June 2013

Sudut Info menarik perhatian murid-murid


Panitia-panitia, Pusat Sumber Sekolah, Ko-Kuriklum, Unit IT dan Badan Pengawas Sekolah telah menghiaskan papan-papan kenyataan di Pondok Ilmu dan Dataran Perhimpunan dengan info-info bahagian masing-masing.

Sudut info telah dihiasi dengan info-info seperti carta organisasi, laporan aktiviti dan ilmu pengetahuan serta dipamerkan dalam rekabentuk yang berwarna-warni dan ceria. Semoga sudut info yang ceria dapat menarik perhatian murid-murid untuk membaca info-info yang dipaparkan. Berikut sudut-sudut info tersebut.


Unit IT

Matematik

Kurikulum

Panitia Bahasa Inggeris

Panitia Bahasa Malaysia

Panitia Bahasa Arab

Panitia PTI

Pusat Sumber Sekolah

Panitia Al-Quran

Panitia Kemahiran Hidup & PJK

Panitia Sains

Panitia Jawi, Sirah dan khat
Badan Pengawas Sekolah

Friday 28 June 2013

Tingkatan 3 kutip jualan tertinggi Bazar Usahawan Cilik ( SEMI )

Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan JEP ( Junior Entrepreneurship Program) AYAMAS dan gerai yang mengutip jualan tertinggi Bazar Usahawan Cilik ( SEMI )  telah diadakan pada pagi ini ( Jumaat ) di Dataran Perhimpunan. Hadiah telah disampaikan oleh wakil BAKA iaitu En. Fairus.

Berikut keputusan pertandingan pertandingan tersebut.

Pertandingan JEP ( Junior Entrepreneurship Program) Ayamas
Johan - Tingkatan 2
Naib Johan - Tingkatan 4 & 5
Ketiga  - Tingkatan 1


Kutipan Jualan Tertinggi

Johan - Tingkatan 3
Naib Johan - Tingkatan 2
Ketiga  - Tingkatan 1


Johan JEP - Tingkatan 2

Naib Johan JEP - Tingkatan 4 & 5

Ketiga JEP - Tingkatan 1

Johan Kutipan Jualan Tertinggi - Tingkatan 3

Naib Johan Kutipan Jualan Tertinggi - Tingkatan2

Ketiga Kutipan Jualan Tertinggi - Tingkatan1



Saguhati JEP - Tingkatan 3

Thursday 27 June 2013

Ke mana selepas Tahun 6 SERI?


Pada hari ini telah diadakan Muzakarah Tahun 6 di surau sekolah. Guru Besar telah memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa tentang analisa akademik murid-murid Tahun 6 ( SETARA UPSR dan PSRA).

Selain itu beliau berkongsi tentang arah tuju persekolahan murid-murid selepas Tahun 6 di  SERI. Sila klik link di bawah untuk slide tersebut.Ke mana selepas Tahun 6

Berikut suasana Muzakarah Tahun 6 yang sempat dirakam.







Monday 24 June 2013

Tamrin Tahun 4 dan 5 ditunda akibat jerebu


Makluman kepada Ibubapa,Guru & Pelajar2 tahun 4 & 5:

Memandangkan bacaan IPU tidak menentu di mana kita mengambil kira keadaan luar jangka @ sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Tamrin Pengukuhan Tahun 4 & 5 yang dijadualkan pada 28 hingga 30 Jun 2013 akan DITUNDA. Insha Allah, tarikh baru untuk Tamrin tersebut seperti yang dipersetujui oleh pihak sekolah adalah pada 20 hingga 22 September 2013.

Sekian dimaklumkan.

Thursday 20 June 2013

Banner Gergasi Ajak menyumbang pembinaan Bangunan Sekolah


Sebuah banner gergasi berukuran 40 kaki panjang telah dipasang di Bangunan SERI pada petang ini. Pemasangan banner ini adalah salah satu kempen untuk mengajak orang ramai menyumbangkan wang ringgit, wakaf lantai dan zakat untuk pembinaan bangunan sekolah yang baharu.

Blok bangunan baru yang bernilai RM2 juta akan dibina pada bulan November tahun ini, Insya Allah.


Wednesday 19 June 2013

Siren kecemasan gegar warga SERI SEMI ABIM


 Siren kecemasan sekolah telah dibunyikan pada pukul 11.10 pagi ini. Murid-murid  yang agak keliru tentang apa yang sedang berlaku  mula beratur meninggalkan kelas masing-masing apabila diarahkan oleh guru mata pelajaran. Murid-murid di tingkat 1 hingga tingkat 3 menggunakan tangga yang telah ditetapkan apabila berlaku kecemasan.

Murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI bergegas ke dataran Bas bersama guru-guru. Guru-guru kelas memeriksa murid-murid untuk memastikan semua murid telah berada di dataran bas.

Selepas itu, Ustaz Nazzil menjelaskan kepada murid-murid dan pelajar-pelajar tentang perkara sebenar yang berlaku. Beliau juga memberi taklimat kepada semua warga SERI dan SEMI tentang cara menyelamatkan diri daripada kecemasan di sekolah.

Walaupun masa yang diambil untuk berkumpul di dataran bas melebihi masa yang ditetapkan,  warga SERI dan SEMI telah didedahkan tentang cara menyelamatkan diri daripada kecemasan.

Berikut sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa latihan tersebut.

Ustaz Nazzil sedang memberi taklimat tentang latihan kebakaran.

Murid-murid sabar beratur di Dataran Bas.

Murid-murid perempuan sempat berbual-bual tentang apa yang  sedang mereka lalui pagi itu.


Monday 17 June 2013

Pengalaman manis, pahit terukir semasa perkhemahan.


Unit Beruniform SERI ABIM Sg. Ramal telah mengadakan perkhemahan tahunan bermula 14hb (Jumaat) hingga 16hb Jun 2013 di perkarangan sekolah.

Pada hari pertama ( Jumaat ), para peserta perkhemahan memasang khemah di dataran perhimpunan dan dataran bas. Selepas persiapan diri, makan malam dan solat maghrib dan isyak, sesi ice breaking telah diadakan. Para peserta perkhemahan tidur awal kerana qiamullail akan diadakan pada esok paginya.

Pada hari kedua, slot perkhemahan diisi dengan slot ikatan tali, ikatan anduh dan rahsia perkhemahan yang dikendalikan oleh ahli pengakap Hulu Langat. Pada sebelah petangnya pula slot pengurusan jenazah telah dikendalikan oleh Ustazah Zabedah dan Ustaz Mohammad Ghani. Para peserta ditunjukkan cara untuk memandikan, mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah. Pada malamnya pula aktiviti BBQ dan persembahan para peserta perkhemahan telah diadakan.

Pada hari terakhir, ahlim pengakap Hulu Lanagat telah mengendalikan slot masakan rimba. Para peserta dikehendaki memasak telur dan ubi kentang menggunakan api daripada ranting kayu.

Keseluruhan perkhemahan ini telah dikendalikan oleh guru-guru pembimbing Unit beruniform sekolah dan beberapa orang guru SERI yang dijemput untuk menjayakan perkhemahan kali ini..

Sesi ice-breaking.

Demo mandi jenazah

Demo mengkapankan jenazah

"Jenazah" yang sedia untuk disembahyangkan.

Hadiah keceriaan dan kebersihan kelas suntik semangat guru dan murid-murid

Pada hari ini telah dilangsungkan majlis penyampaian hadiah dan sijil Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas SERI 2013. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan kelas dengan memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria. Kelas yang bersih dan ceria akan memberi persekitaran yang selesa untuk murid-murid belajar dan guru-guru mengajar.

Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SERI, Puan Tengku Nor Ketina. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Unit Kebersihan dan Keceriaan, Ko Kurikulum.


Berikut gambar guru dan ketua kelas yang memenangi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 2013:

Johan Tahun 1


Naib Johan Tahun 1 

Naib Johan Tahun 2  ( 2 Ali )

Johan Tahun 2

Naib Johan Tahun 3  ( 3 Hamzah )

Johan Tahun 3 ( 3 Ali )

Naib Johan Tahun 4 ( 4 Hamzah )

Johan Tahun 4  ( 4 Uthman )

Naib Johan Tahun 5 ( 5 Hamzah )

Johan Tahun 5 ( 5 Ali )

Naib Johan Tahun 6 ( 6 Ali  )

Johan Tahun 6 ( 6 Hamzah )