Thursday 13 October 2016

Hari PSS 2016 meriah: Berhibur sambil menyumbang untuk Dataran Berbumbung

Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Panitia-Panitia SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal telah menganjurkan Hari PSS (aka Hari Usahawan) pada 8hb Oktober 2016 (Sabtu) bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dataran Perhimpunan

Objektif utama program ini ialah mengutip sumbangan untuk dana pembinaan Dataran Berbumbung. Sekolah masih memerlukan sumbangan untuk membina bumbung dataran walaupun dataran & pentas sudah 80 peratus siap.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hasri Harun, Pengerusi BAKA SERI / SEMI.

Banyak gerai jualan makanan, minuman dan permainan telah dibuka. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah persembahan badut, permainan belon gelongsor, Galeria IT (permainan komputer interaktif), musical chair, bergambar bersama Maskot Ana Muslim, mini golf, pemeriksaan kesihatan oleh KPMC, lukisan muka dan banyak lagi.

Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa (BAKA), guru-guru, staf-staf, murid-murid, pelajar-pelajar, KPMC, syarikat perniagaan dan orang perseorangan yang telah menjayakan Hari PSS ini.






















Wednesday 12 October 2016

MOU Antarabangsa bersama Yayasan Ummusshabri Kendari, Sulawesi Tenggara.

Pada 4hb Oktober 2016 yang lalu,  rombongan Yayasan Ummusshabri Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia telah mengunjungi SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal.

Sesi ta'aruf dan taklimat agensi pendidikan ABIM (KDH, Yayasan Takmir, SERI, SEMI dan TASKI) telah diadakan di Bilik Syura, KDH.

Selepas itu, sesi penandatanganan MOU di antara instutusi pendidikan ABIM dengan agensi Yayasan  Ummusshabri Kendari telah dilakukan. SERI ABIM Sungai Ramal telah diwakili oleh CEO/ Guru Besar, Ustaz Nazzil Saifuddin B. Abd. Rahim manakala SEMI ABIM Sungai Ramal telah diwakili oleh Pn. Rogayah Sebli.

Sebelum ahli rombongan pulang, sesi lawatan ke bangunan SERI / SEMI telah dilakukan.

Semoga MOU ini dapat memudahkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman masing -masing dalam bidang pendidikan Islam di negara masing-masing.














Thursday 29 September 2016

Semi jadi Naib juara pertandingan reka cipta

Tahniah! Pelajar Semi Abim Sungai Ramal mendapat naib juara pertandingan reka cipta sempena UPM Engineering Science Fair hari ini.

Sekolah diwakili oleh Aina Arifah Binti Fauzan Kamal, Nur A'isyah Aqilah Binti Mohd Nazir, Nur Arina Binti Hairul Suhaimi,  Nur Anisah Hakimah Binti Mohd Mahir dan Najwa Asyrani Binti Alias.

Jom memeriahkan Hari PSS

Jumpa kita di Hari PSS. Beraktiviti, berhibur sambil menyumbang ke Dana Dataran Berbumbung.

Permohonan ke Tingkatan 1 sesi 2017 dibuka

Permohonan dibuka sekarang!