Borang kemasukan ke sekolah berkenaan hanya akan diserahkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JAIS iaitu mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA
Pelajar yang berkelayakan bolehlah mengambil borang-borang berkenaan di pejabat sekolah setelah keluar keputusan peperiksaan
Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kembali kepada sekolah paling lewat seminggu selepas kedua-dua keputusan diumumkan
Makluman tawaran ke sekolah berkenaan akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui telefon setelah pihak sekolah menerima surat tawaran dari JAIS
0 comments:
Post a Comment